Wednesday 8 October 2014

 Syukur alhamdulillah kehadrat Allah kerana dengan kasih dan sayangnya kita masih mampu menghirup udara segar.Terdetik di hati nurani ana untuk menulis satu tajuk yang besar maknanya,teringat akan saya satu firman Allah.

" Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)"




      Nilai jasa seorang ibu tidak mampu sama skali sesorang anak itu membalasnya hatta dengan segunung emas sekalipun. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi  nilainya. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak,cuba renungkan seketika bgaimana seorang ibu membawa kita semasa di alam rahim ke hulu ke hilir demi anak yang tercinta.wahai anak janganlah kamu sesekali memandang rendah terhadap perjuangan ibumu.

    Ibu seorang pembohong?Fakta:

  1. saat makan,jika maknan kurang,dia akan memberikan makanan itu kepada anknya dan berkata:"cepatlah makn ibu tak lapar"
  2. Tengah malm ketika dia sedang menjaga anaknya yang sakit,dia berkata"rehatlah nak ibu temankan,ibu masih belum mengantuk"
  3. Apabila anaknya sudah berjaya,hidup senang,menjemput ibunya tinggal di rumah besar,dia lantas berkata,rumah tua kita sangat selesa ibu tidak biasa tinggal di rumah besar"
  4. Waktu makan dia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata"ibu tak suka daging,maknlah nak!!"
  5. setelah anak tmat waktu persekolahan,bekerja,mengirim wang untuk ibu,dia berkata,"simpanlah nak untuk keperluan mu ibu masih ada simpanan,"
Dan pembohongan paling terbesar dariada ibu adalah:
  • saata menjelang tua,ibu sakit kuat,anaknya akan menangis,tetapi ibu masih boleh tersenyum dan berkata,"Jangan menangis nak,ibu tidak apa-apa,IBU NAK REHAT SEKEJAP!!"
   tidak peduli seberapa kaya pun kita,seberapa dewasanya kita,ibu slalu mengkhuatiri kita setiap masa,tidak pernah pun membiarkan kita mengkhuatiri dirinya.Jangan sesekali bermegah-megah dengan pangkat yang kamu miliki sehingga mengabaikan mereka.Berbaktilah kepada mereka sepertimana mereka berbakti kepada kita ,sayangilah mereka seperti mereka menyangi kita,dan buatlah mereka gembira seperti mana mereka gembirakan kita disaat berduka.Berbuat baiklah kepadaa ibumu selagi mereka masih ada.

    
 Teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz,ada seorang hamba Allah yang mana dia ada dosa pada ibunya masa ia berumur 17 tahun dulu,Allah berikan hati  perasaan yang kadang-kadang dia rasa tak tenang walaupun mempunyai kekayaan yang banyak tetapi tak tenang dalam dirinya kadang- kadang tengah seronok dengan kawan -kawan dia mari rasa tak tenang dalam diri dia sampailah pada suatu masa ia terdengar satu kuliah dekat maajid "klau rasa tak tenang pertama sekali kena check dosa,dan dosa yang paling kita kena jaga ialah dosa dengan ibu bapa kita,Alllah akan dengar doa hambanya yang berdoa kepadanya tetapi Allah taknak dengar doa anak yang derhaka kepada ibu bpanya Allah menutup walaupun malam al qadr,terlintas di fikiran si lelaki tadi dia pernah pada masa umur 17 tahun menghina ibunya hanya kerana tersalah tertuang Clorox pada seluar jeans dia,dan dia kata pada maknya orang tua takda akal, dari umur 17 hingga 50 tahun perasaan dia rasa tak tenang/gelisah,sampailah pada satu masa Allah buka jalan dan dia terus pulang ke kampung pada ketika itu dia pegang tangan dan cium tangan ibu dia dan dia kata"mak..saya ada salah dengan mak",mak dia kata"kamu kan tiap2 tahun minta maaf dengan mak,oleh kerana dia betul2 rasa bersalah dia kata "mak saya pernah kata dekat mak pada umur 17 tahun mungkin mak dah lupa tapi saya nak ingatkan  hari ini,"mak..maaf kerana saya pernah sebut pada mak orang tua takda akal"tiba2 si emak sentap tangan anak dia dan mak dia kata inilah tangan yang mak nak heret depan Allah yang sanggup kata pada ibu yang melahirkannya orang tua takda akal hari ni takkan maaf sampai dulu hingga skarang,mak taknak maaf keslahan ini mak redha kalu mak mati mak simpan sampai mak dikuburkan.ringkasnya patutlah selama ini hati tak pernah puas solat tak berapa khusyuk dan segala macam dan pada saat itu dia mohon maaf berulang kali dan kemudian akhirnya pada satu subuh maknya peluk sambil menangis kalaulah mak tak lihat kamu benar2 minta maaf, mak tak berniat nak maaafkan kamu sampai bila-bila dan hari ini mak maafkan semua kesalahan kamu,bila mak dia sebut macm tuu lapang selapang lapangnya,damai sedamai damainya,tenang setenang tenangnya,dan perasaan yang tidak pernah dia rasa sejak dari umur dia 17 tahun dulu.Marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita dan merenung kembali, satu soalan mudah yang perlu kita jawab  "adakah sebenarnya aku ini anak soleh  dan saya nak terus jawab jawpannya,Nabi pernah cerita tentang seorang yang berdarah tangan dan kaki, Nabi kata kamu belum layak jadi anak soleh,adakah kita layak jadi anak soleh yang sebenar-benarnya kerna lawan bagi soleh adalah derhaka.Ya Allah, janganlah engkau golongkan kami dalam golongan anak2 derhaka yang engkau murkai dan benci mendengar permohonan2 kami.Semoga dengan sedikit perkongsian ini mampu dimanfaatkan.yang baik iu datangnya daripada Allah dan yang salah silap itu datangnya dripada kesilapan saya sendiri.



 



No comments:

Post a Comment